

MADU KELULUT ASLI
Kitar Hidup Kelulut
Kitar hidup kelulut berbeza daripada lebah madu. Di dalam sesebuah koloni kelulut, boleh terdapat dua atau lebih ratu bertelur. Ratu baru dihasilkan berkala, tetapi kebanyakan dibunuh dan tidak sempat menghasilkan telur. Sesetengah ratu mungkin dikurung dalam sel khusus. Penukaran ratu bertelur tidak berlaku setiap tahun. Sesetengah ratu boleh hidup untuk 3 hingga 7 tahun.
Dalam sistem lebah madu, lebah betina mungkin menjadi lebah pekerja atau ratu bergantung kepada makanan apa yang ia terima semasa di peringkat larva (ratu diberi makanjeli raja dan lebah pekerja diberi makan debunga). Sistem kasta dalam kelulut berbeza, dan biasanya berdasarkan jumlah debunga yang dimakan; memakan jumlah debunga yang banyak akan menghasilkan ratu bagi genus Melipona. Namun demikian, terdapat juga komponen genetik sehingga 25% (lazimnya 5-14%) eraman betina mungkin menjadi ratu.Sel ratu boleh dibezakan dengan melihat sel yang lebih besar berbanding sel biasa.

Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.
Pengenalan
Lebah Kelulut
Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.
Lebah kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut setiap spesis.Semua kelulut membina sarang dalam sistem tertutup. Kelulut spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang mereka di dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok, dan sesetengah di dalam rongga di dalam tanah atau sarang peninggalan tikus atau parrot. Spesis lain pula tinggal di dalam sarang semut atau sarang anai-anai.
